BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, August 11, 2009

ayam penyet and the secret...(copy n paste)

Mungkin ada di antara anda yang melihat ini sebagai usaha untuk menjatuhkan premis makanan tersebut. Saya hanya berkongsi informasi kepada anda. Tidak hairanlah jika kita tidak melihat ustaz-ustaz makan di kawasan itu walaupun dekat dengan premis keagamaan.

Di sebuah tempat di kuching, wujud sebuah premis makanan yang digilai pelbagai jenis manusia, tidak kiralah mereka itu pelajar, atau orang yang bekerja. Namun ayam penyet merupakan sesuatu yang sangat tidak dapat di elakkan dan hanya satu tempat di dalam kepala mereka jik a disebutkan "ayam penyet" maka tempat itulah yang mereka fikirkan.

Walau sekotor mana pun tandas nya, walau seberapa teruk layanan mereka, walau sangat kecil ayam mereka, tempat itu juga akan menjadi destinasi.

Namun blog ini ditulis bukanlah untuk menceritakan hal-hal yang nampak, tetapi ada satu cerita yang mesti diberitahu. Saya mempunyai seorang sahabat yang datang dari jauh. Dia membawa ayahandanya dan seorang ustaz ke tempat itu. Tetapi ustaz itu enggan mendekati kawasan itu. Lalu balik ke hotel. Lalu ayahanda sahabat saya dan sahabat saya pergi sahaja tanpa berfikir panjang kerana lapar. Seperti biasa, sebelum makan, ayahanda sahabat membaca doa-doa yang patut untuk mengetahui apa yang terdapat dalam ayam penyet tersebut. Ternyata, ayahanda sahabat itu enggan makan dan cakap tak sedap hati.

Pulang dari tempat tersebut, ustaz itu menceritakan bahawa beliau ternampak makhluk hitam yang berkeliaran di tempat tersebut menjilat-jilat ayam yang dihidangkan kepada pelanggan. Tidak hairanlah ayam penyet yang diminati selama ini sangat sedap! Mungkin ini rahsianya! Saya tak hairan jika premis yang maju itu menggunakan ilmu-ilmu pelaris untuk melariskan jualan.

Dengan kawasan yang strategik, berdekatan rumah keagamaan, dan pusat bandar, menjadikan tempat itu destinasi yang menarik untuk dikunjungi orang kuching dan pelancong yang datang dari semenanjung.

Dipetik dari satu blog persendirian..

0 comments: